Friday, November 6, 2009

USAH RISAU JIKA BELUM BERPUNYA...

Resah...Gelisah...Seraut wajah termenung jauh.."orang lain dah kahwin, tinggal aku sorang saja". sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka. "aku tak cantik ke?", "Aku kurang bergaya ke?","ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"..."aku x pandai meng'ayat' agaknya". mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda 'muda' 'mudi' yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gelojak rasa ingin memiliki seseorang tanpa mengenal batas 'HALAL' dan 'HARAM'..yang penting dapat...
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana 'CINTA'. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih x mampu mengarah diri mereka mencari 'CINTA HAKIKI'.tak serik-serik lagi. Diri diperhamba cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan 'PENCIPTA CINTA'.Semua batasanNya diredah segala. Tak kenal 'DOSA' dan 'PAHALA'.
Wahai REMAJA!
Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah 'DOSA' dan 'ZINA'.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan 'BERKAT'. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada 'DOSA' dan 'MAKSIAT'.Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan 'TAUBAT'. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya suadh dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
oleh itu, ingatlah wahai remaja!usah risau jika masih belum berpunya, kerana mungkin ALLAH ingin memberi ketenangan dahulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi...
Begitu juga buat 'PEMUDA' yang belum berpunya, "first thing first". Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat ingin memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat, pastikan waktu ingin berusaha itu, anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia. Memiliki seorang isteri 'SOLEHAH' ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina, kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasanNya. Teruskan Berusaha!
Ingat! Usaha yang Allah Redha sahaja..Bukan melalui usaha 'dengan SMS siang malam', 'bergayut di telefon memanjang', 'ajak keluar,belanja makan' dan sebagainya...sebaliknya berusahalah untuk menjadi yang terbaik iaitu dengan menghindari segala kemaksiatan dan juga berusalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu sebagai tip untuk memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang 'PERANTARA' untuk lebih menjaga 'warak' dan 'iman'.
Seringkali, seseorang mencari 'KEKASIH' ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditempuhi. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-siany usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk 'AL-QURAN & AL-SUNNAH'.
Beringatlah, bahawa urusan kodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di 'LUH MAHFUZ' untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tidak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya..Wallahhua'lam..
catatan: artikel ini dipetik dari Fatimah Syarha Noordin...ianya dicoretkan sekadar buat tatapan dan renungan kita bersama untuk dikongsi ke arah mencapai keredhaanNya..semoga dapat ambil iktibar dan selamat beramal..INSYAALLAH

No comments:

Post a Comment