Saturday, October 31, 2009

SEORANG AKHAWAT ITU....

smoga persahabatan ini berkekalan dan dirahmatiNYA, insyaAllah...
kerana
seorang akhawat itu,

yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
nikmat hakiki seorang hamba,dari Allah yang menciptakan,
dari Allah yang mengurniakan,

seorang akhawat itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang akhawat itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai da'ieyah & mujahidah,
pejuang ummah ... anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu,membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

seorang akhawat itu ...
moga akan pulang,dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan ...
seorang akhawat itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,merahmati dan merestui,
perjalanan seorang akhawat itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!amin...


Gadis yang manis, senyum sebelum ketawa..

Gadis yang pandai, fikir sebelum buat..
Gadis yang bijak, buat selepas fikir..
Gadis yang bijak pandai, berfikir sebelum bertindak..
Gadis yang bijaksana, bertahan sebelum waktunya..

Jadilah gadis yang manis, pandai, bijak,
bijak pandai dan bijaksana
yang sentiasa mendahulukan Al-Quran dan As-Sunnah dalam setiap perkara yang hadir dalam hidupnya..
iNsYaAllah..

SeMoga diRimu mamPu menjaDi seCerDik AISYAH,
sEcaNtik AINUL MARDHIAH,
menGhUluRkan pEngOrbaNan seTanggi SUMAIYAH,
mEmberi KeikhlaSan sEikhlaS RABIATUL ADAWIYAH &
mENdapaT tempat di JANNAHTULLAH...
aminn yarabbalalamin..


WANITA SOLEHAH


Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga,
menjadi dambaan insan yang beriman..
bagaikan teratai mekar di tasik madu..
Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani,
menyejukkan hati dan penyeribudi pekerti...
Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran,
membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan..

Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah,
menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah...
Buaian nafsu dan kenikmatan dunia,
bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya..
Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai,
impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi...

Semoga menjadi pedoman,
wanita yang ingin menjadi wanita cemerlang,isteri solehah, dan ibu yang penyayang pada masa akan datang...insya Allah.

"Jagalah diri, dan hiasilah peribadi. Moga muslimah solehah menjadi milik diri.. "

No comments:

Post a Comment