Tuesday, March 16, 2010

TANDA MALAIKAT MAUT HAMPIR..


Ini adalah tanda-tanda awal dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka yang dikehendakiNya.

Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma saja
mereka sedar atau tidak.


Tanda hampirnya mati

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu
dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati
bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu
saja tanpa sembarang manfaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik
untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan
dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu
dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba
ia berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini
akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk
kedalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan
disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan
rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri
dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Pesanan ini adalah untuk mengingatkan kita tentang mati. Semua manusia pasti mati dan
sesungguhnya mengingati mati itu adalah satu perbuatan yang paling bijak.

1 comment:

  1. salam..
    ukhti syukran ats ingtn tue...
    erm..ana nk copy artikel nie lh?untk dikogsi dgn shbt2 yg lain.

    ReplyDelete